Saturday, May 5, 2012

KEBENARAN VS KHIANAT

Bismillah...


"Saya SANGAT MEMBANTAH siaran gambar-gambar lucah (tidak kiralah samada ia bermotif politik atau tidak, melibatkan wajah mirip pemimpin parti BN atau PR) yang disiarkan oleh mana-mana akhbar awam tempatan seperti yang dilakukan oleh Utusan Malaysia & Kosmo 2 Mei 2012. Ia adalah satu petanda KOTORNYA minda (dan hati) si pembuat keputusan. Juga terlampau berpolitik sehingga siaran itu boleh memudaratkan pembaca & rakyat Malaysia khususnya generasi muda. INGATLAH siaran media awam ibarat iklan, sekali ia memberi idea & gambaran, sekiranya ada yang menurutinya, keseluruhan individu yang meluluskan keputusan siaran itu BAKAL mendapat saham DOSA sehingga hari kiamat. Dosa jariah berdasarkan hadis Nabi Muhammad." 


petikan dari Ust Zaharuddin.net




nah!!tengoklah apa nak jadi kat AKHBAR sekarang!fungsi dia dah bertukar dari penyampai maklumat kepada penyampai khianat.napa saya cakap KHIANAT?sebab mereka KHIANAT dengan KEBENARAN.yes!mereka lebih suka memutar alam kan maklumat yang ada dan memanipulasikan rakyat dengan  cerita-cerita rekaan dan tahyul mereka.

hahaha!!kesian.agaknya dengan menjual dan menjaja cerita-cerita begini mereka rasa boleh mendatangkan untung agaknya..

kesian.

kesian.

thumaa kesian!!!

Sebenarnya tak perlu cakaplah hal atau isu buang anak atau sewaktu dengannya jika mereka sendiri yang mengajar anak bangsa kearah perkara -ve semua ini.tengok je akhbar baru-baru ni,bukan ke mengaibkan dan sangat memalukan sebagai negara Islam yang dikatatakan perdana2 Menteri dahulu??!!



OH.

bukan AKHBAR sahaja rupenye.tapi diatas ini juga.haiisshh!!apa nak jadi dunia sekarang ini.terlalu lelah dan tenat.

Kadang-kala terfikir juga,tak takutkah mereka-mereka yang menjadi penyumbang kepada dakwah' keji mereka ini??!!daripada penerbit sehinggalah ke krew wartawan.berita yang terang2nya fitnah dijaja-jaja diseluruh masyarakat yang masih samar memilih channel' yang betul-betul benar@sewaktu dengannya.

Ya Allah.

Mungkinkah tsunami akan melanda Malaysia?

Tidak mustahil jika ini sahaja cara Allah mahu berikan kesedaran kepada kita.mudah-mudahan Allah memberi peluang kepada kita untuk kembali kepada Mu Ya Allah.

Friday, March 30, 2012

Dirindui dan merindui..

Bismillah..wassalamuaalaikum wbt..
pagi yang dingin dengan kesejukan hujan membuat tido lebih lena dan mati..(tido mati)alhamdulillah!!masih diberi kesempatan waktu untuk bertaubat dan bermuhasabah.t_t sob..sob..
" Your pain is breaking of the shell that encloses your understanding.(Khalil Gibran.The Propet)"
Bagi siapa yang sudah membeli buku 'Senyumlah'  karya Syed Alwi AlAtas pastinya sudah tahu kan tentang apa yang mahu dibicarakan kan?


Orait.


Saya pun baru membacanya setengah buku.jadi belum khatam lagilah..kalau dilihat bab 1 buku ni dia ceritakan pasal bagaimana CARA KITA MELIHAT MASALAH.setiap dari kita melihat masalah dengan cara masing-masing.setiap individu berlainan..Maha Suci Allah..setiap di muka bumi ini, dari bejuta-juta manusia, padanya ada masalah yang berlainan.yang pastinya kita sebagai orang Islam dan muslim perlu melihat masalah dengan berfikiran yang positive.iaitu husnu zhon dengan Allah.


Sebab ape??


Cuba bayangkan,agak-agak amalan kita solat yang belum tentu khusyuk, puasa yang celap celup,semua tu cukup untuk kita masuk syurga?jadi,Allah yang Maha Pemurah kepada hamba-hambaNya menguji kita dengan datangkan masalah.mengajar kita untuk bersabar,memberi kita ganjaran dan pahala extra untuk kita sebagai markah tambahan kelak.kita manusia, Na.Sa,Ya.ye maksudnya pelupa!kita ni bila senang memang tak hingat dah pada Pencipta kita.padahal bila susah baru nak beriya-iye.tapi perasan tak bila kita beriya-iya menangis.mengadu,meratap di tikar sejadah..itulah usaha yang Allah ingin lihat dari kita sebagai hamba.cuba kita takda masalah rase-rase kita nak ke menangis saja2..teringat pada Dia.Alhamdulillah jika kita sentiasa ingat pada Dia.


Tapi cuba kita  renungkan semula..


Allah Maha Pengasih.sayangkan hamba-hambaNya.tarbiyyah dari Allah lebih bereerti berbanding ujian kita di atas kertas.latihan Allah memberi kita lebih kuat dan bersedia untuk masa- masa akan datang.memang susah untuk terima sesuatu yang membuatkan kita kecewa,sedih.tapi segalanya Allah berikan untuk kita kembalikan perasaan itu pada DIA..curahkan perasaan pada DIA.seseungguhnya ALLAH merindui suara kita.merindui tangisan kita.merindui rintihan kita.apabila kita mula berjauhan dari DIA,DIA mula merindui kita dengan memberi kita ujian.supaya kita terjaga dari tidur dunia.


Bangunlah diri.bangunlah hati dan jiwa-jiwa yang merindui DIA.


Rohani kita lemah,tubuh kita lemah apabila mula berjauhan dari DIA,kerana kekuatan adalah dari DIA.maka.ingatlah apabila adanya ujian dan masalah..itulah peluang untuk kita tebus kembali dosa-dosa kita.dan paling utama kerana ALLAH merindui kita.


waallahua'lam..


PeRot oh PeRut..

Assalamualaikum!!

nyte for malaysia but still evening for other countries and mwning so..




aha!!oleh kerana perut sangat lapar menahan dari kebulur.jadinya..tangan mula mnaip google untuk mencari santapan yang boleh dimakan walaupun cuci mata je..jadiiila..

Tuesday, January 10, 2012

~ Rayuan Malam ~

Assalamualaikum warahmatullah ...Semoga Allah sentiasa melindungi kita dan merahmati kehidupan kita insyaAllah..


Ujian ..ujian..
apa yang anda bayangkan bila cakap pasal ujian ?mesti teringat kat dewan periksa , kuliah , wajah pensyarah berlegar2 dimata..bentuk soalan..


Semua pasti hadapi ujian.yang tak pergi sekolah pun akan diambil ujian.tetapi!penandanya bukan pensyarah @ guru tetapi penandanya Sang Maha Pencipta.Bentuk soalan semuanya dari Dia.yang seronoknya setiap bentuk soalan / ujian sudah disertakan jawapan.


Ajaib?ye..memang hebat Sang Pencipta kita.sangat2 baik!takda guru sebaik Allah.Cuba kita perhatikan,fikirkan..tatkala kita diberi ujian..telah disertakan doa2 dari Al -Quran sebagai penguat hati dan segala jawapan ada di dalamnya.hebatkan?


Bukan itu sahaja,tetapi kita boleh lagi minta jawapan dari guru yang Maha Baik..yang sentiasa mendengar kita apabila kita merintih, mengadu..menangis tatkala tidak tertanggung perasaan.Maha Pendengar yang baik 24jam..takjubkan?Allah sangat baik pada kita..sangat sayang pada kita.


Cuba kita renungkan..


Ada ke cikgu yang sanggup mendengar luahan kesedihan anak muridnya yang nakal,pernah pancitkan tayar,mencuri duit cikgu tu,sakitkan hati cikgu tu..tapi masih setia menjadi pendengar??


Allahuakbar!


Jika muhasabah balik..betapa hinanya diri ini..bodohnya diri ini..tak tahu malu!tak tahu bersyukur!!jalan di atas bumi Allah tapi masih melakukan dosa..Allah..Allah..teruknya diri ini..


Sayangnya Engkau pada kami,dengan memberi ujian supaya diri lebih dekat denganMu Ya Allah.Menjadikan kami kuat untuk hadapi kehidupan yang lebih mencabar..maafkan kami Ya Allah!!Ampunkan kami wahai Pemegang hati..


Diri ini lupa..tidak sedar bahawa Engkau merindui suaraku..memuji2mu..diri ini sibuk dengan hal dunia, hal lain..sedangkan lupa Sang Pencipta..Oleh itu,Engkau datangkan ujian kepada kami..Sedang hati sedang asyik merindui makhlukMu..melebihi Engkau,Engkau jentik hati ini supaya kembali mengingatiMu..Engkau hadirkan rasa kecewa dalam hati ini terhadap cinta makhluk..supaya diri ini kembali mencintaiMu seperti dulu.


Ampunkan kami Ya Allah!!


Kadangkala kami gagal mengawal emosi kami bila ujian menerpa..sifat amarah berapi2 dalam diri bila manusia disekeliling turut dimarahi..zalimnya diri...sedangkan Engkau sahaja yang berhak marah kepada kami..tapi Engkau penuh sifat kelembutan..malunya diri ini..terlalu berlagak!tidak layak langsung seorang hamba untuk marah..


Dengan Rahmat dan kasih sayangmu..bawalah kami hampir kepadaMu..berilah secubit cintaMu supaya kami dapat merasa dan menyemai cinta untukMu..akan kami cuba gagahkan diri ini,akan kami cuba kuatkan diri ini untuk menempuh ujian darimu..


Biarlah setitis airmata yang jatuh dipipi ini ,menjadi bukti kemujahadan kami...dalam mencari cintaMu..biarlah airmata ini menjadi tambahan pahala dan timbangan di sana kelak..kerana kami tahu Engkau sangat Maha Pemurah..Pemurah dengan kasih sayang..


Waallahu'lam..

Wednesday, October 26, 2011

Hujan bagaikan Mutiara...

Assalamualaikum...hope sentiasa dibawah lindungan Allah sentiasa.jaga kesihatan dimusim hujan nih.semenjak ni alhamdllah hujan mencurah2 turun tanpa henti.jadikan kita makin erat bersama sang selimut and bantal.what?
ahaa..!jangan tupuu!!


urm,kadang2 terdengar juga ada suara2 yang cakap..
Allah memberi peringatan pada kita
"ala,hujan ke?xbestnye!"
"ish!ujan ni..timee ni la orang nak main dia ujan pulak!"
"ujan..bila nak stop nih..aku nak kuar ni.xlehla nak dating.."


Pasti ada yang pernah tercakap,terdengar or etc kaaaannn??
Tapi!!
Sedar tak kita kadang2 Allah turunkan ada sebabnya.manusia memang sentiasa tidak bersyukur.bila dah turun hujan,macam2 pulak demand.bila tak turun,bising nak hujan..manusia..manusia..


Cuba kita fikirkan..


Bila hujan.guruh.kilat.mesti kita takutkan?automatik kita akan mohon perlindungan dari Allah.padahal,time lepas solat laju je lipat sejadah.tak menyempat2 doa.berzikir.
Jadi,bila hujan..kita baru ingat Allah kan?alhamdulillah bagi yang ingat.bagi yang x?mudah2an mereka juga akan ingat.


Bila nampak petir!Allahuakbar!ye,sekejap aja ada yang menemui ajal.dipanah petir.kuasa Allah yang Maha Hebat.memberi peringatan kepada kita yang leka dan lalai.


Mana yang nak keluar berdating2,nak pegi konsert sure heboh la sampai tak subuh.tak jadi pergi bila hujan.tapi ada jugak yang gagah nak keluar.sedangkan kita tak sedar bahawa Allah sayangkan kita.jaga kita dari pergi ke tempat yang dilarangNya.


Subhanallah!!sungguh ajaib rahmatMu.dan setiap berlaku ada hikmahnya jika kamu orang yang berfikir.
Segalanya adalah nikmat dari Allah.semoga kita termasuk didalam hamba2 yang bersyukur.amiiinn.


~ilalliqo'~




Friday, October 14, 2011

Sobahul Kheir...

salamun alaik..slamat pagi .keif fik?hope sihat2 blako.erm,pagi yang indah lagi sjuk ni memang best tido kan?aha,tapi xamalkan rezeki mahal nanti..hehe.so!apa yang perlu anda buat?macam2 bule.nanti da masuk dhuha bule solat pulok.

Teringat pesanan presiden baru Pss(persatuan siswazah)..mcmna nak bagi hidup gembira?
sbelum tido,memaafkn orang(da maafkn blh tido skrg!,huhu)bangun tido,senyum..senyum xperlu kata apa2.nnt pengsan orang sekeliling..and last skli solat dhuha..amalkan insyaAllah hati gumbira,hidup senang dan tenang.

yok kte try nak?

Er,..today keje yang msih blum setel..
-sijil peserta
-sijil peserta
-sijil peserta

brape banyak daa..meme banyok sijil peserta.kena siapkan secepat yang mungkin nanti xdpt sijil nikah.haha..apakah?persetankan aje..gurauan pagi..

kesimpulan disini kalau xnak tido pas sbuh bukak la fb ke,ym ke,blog ke. bace news ke..hehe.idea yg xbrape bgus!tapi boleh dipertimbangkan kan?oraite,hepi2 slalu..lagi bertambah hepi bila lidah kita basah dengan zkir..

adios..~