Tuesday, January 10, 2012

~ Rayuan Malam ~

Assalamualaikum warahmatullah ...Semoga Allah sentiasa melindungi kita dan merahmati kehidupan kita insyaAllah..


Ujian ..ujian..
apa yang anda bayangkan bila cakap pasal ujian ?mesti teringat kat dewan periksa , kuliah , wajah pensyarah berlegar2 dimata..bentuk soalan..


Semua pasti hadapi ujian.yang tak pergi sekolah pun akan diambil ujian.tetapi!penandanya bukan pensyarah @ guru tetapi penandanya Sang Maha Pencipta.Bentuk soalan semuanya dari Dia.yang seronoknya setiap bentuk soalan / ujian sudah disertakan jawapan.


Ajaib?ye..memang hebat Sang Pencipta kita.sangat2 baik!takda guru sebaik Allah.Cuba kita perhatikan,fikirkan..tatkala kita diberi ujian..telah disertakan doa2 dari Al -Quran sebagai penguat hati dan segala jawapan ada di dalamnya.hebatkan?


Bukan itu sahaja,tetapi kita boleh lagi minta jawapan dari guru yang Maha Baik..yang sentiasa mendengar kita apabila kita merintih, mengadu..menangis tatkala tidak tertanggung perasaan.Maha Pendengar yang baik 24jam..takjubkan?Allah sangat baik pada kita..sangat sayang pada kita.


Cuba kita renungkan..


Ada ke cikgu yang sanggup mendengar luahan kesedihan anak muridnya yang nakal,pernah pancitkan tayar,mencuri duit cikgu tu,sakitkan hati cikgu tu..tapi masih setia menjadi pendengar??


Allahuakbar!


Jika muhasabah balik..betapa hinanya diri ini..bodohnya diri ini..tak tahu malu!tak tahu bersyukur!!jalan di atas bumi Allah tapi masih melakukan dosa..Allah..Allah..teruknya diri ini..


Sayangnya Engkau pada kami,dengan memberi ujian supaya diri lebih dekat denganMu Ya Allah.Menjadikan kami kuat untuk hadapi kehidupan yang lebih mencabar..maafkan kami Ya Allah!!Ampunkan kami wahai Pemegang hati..


Diri ini lupa..tidak sedar bahawa Engkau merindui suaraku..memuji2mu..diri ini sibuk dengan hal dunia, hal lain..sedangkan lupa Sang Pencipta..Oleh itu,Engkau datangkan ujian kepada kami..Sedang hati sedang asyik merindui makhlukMu..melebihi Engkau,Engkau jentik hati ini supaya kembali mengingatiMu..Engkau hadirkan rasa kecewa dalam hati ini terhadap cinta makhluk..supaya diri ini kembali mencintaiMu seperti dulu.


Ampunkan kami Ya Allah!!


Kadangkala kami gagal mengawal emosi kami bila ujian menerpa..sifat amarah berapi2 dalam diri bila manusia disekeliling turut dimarahi..zalimnya diri...sedangkan Engkau sahaja yang berhak marah kepada kami..tapi Engkau penuh sifat kelembutan..malunya diri ini..terlalu berlagak!tidak layak langsung seorang hamba untuk marah..


Dengan Rahmat dan kasih sayangmu..bawalah kami hampir kepadaMu..berilah secubit cintaMu supaya kami dapat merasa dan menyemai cinta untukMu..akan kami cuba gagahkan diri ini,akan kami cuba kuatkan diri ini untuk menempuh ujian darimu..


Biarlah setitis airmata yang jatuh dipipi ini ,menjadi bukti kemujahadan kami...dalam mencari cintaMu..biarlah airmata ini menjadi tambahan pahala dan timbangan di sana kelak..kerana kami tahu Engkau sangat Maha Pemurah..Pemurah dengan kasih sayang..


Waallahu'lam..