Friday, March 30, 2012

Dirindui dan merindui..

Bismillah..wassalamuaalaikum wbt..
pagi yang dingin dengan kesejukan hujan membuat tido lebih lena dan mati..(tido mati)alhamdulillah!!masih diberi kesempatan waktu untuk bertaubat dan bermuhasabah.t_t sob..sob..
" Your pain is breaking of the shell that encloses your understanding.(Khalil Gibran.The Propet)"
Bagi siapa yang sudah membeli buku 'Senyumlah'  karya Syed Alwi AlAtas pastinya sudah tahu kan tentang apa yang mahu dibicarakan kan?


Orait.


Saya pun baru membacanya setengah buku.jadi belum khatam lagilah..kalau dilihat bab 1 buku ni dia ceritakan pasal bagaimana CARA KITA MELIHAT MASALAH.setiap dari kita melihat masalah dengan cara masing-masing.setiap individu berlainan..Maha Suci Allah..setiap di muka bumi ini, dari bejuta-juta manusia, padanya ada masalah yang berlainan.yang pastinya kita sebagai orang Islam dan muslim perlu melihat masalah dengan berfikiran yang positive.iaitu husnu zhon dengan Allah.


Sebab ape??


Cuba bayangkan,agak-agak amalan kita solat yang belum tentu khusyuk, puasa yang celap celup,semua tu cukup untuk kita masuk syurga?jadi,Allah yang Maha Pemurah kepada hamba-hambaNya menguji kita dengan datangkan masalah.mengajar kita untuk bersabar,memberi kita ganjaran dan pahala extra untuk kita sebagai markah tambahan kelak.kita manusia, Na.Sa,Ya.ye maksudnya pelupa!kita ni bila senang memang tak hingat dah pada Pencipta kita.padahal bila susah baru nak beriya-iye.tapi perasan tak bila kita beriya-iya menangis.mengadu,meratap di tikar sejadah..itulah usaha yang Allah ingin lihat dari kita sebagai hamba.cuba kita takda masalah rase-rase kita nak ke menangis saja2..teringat pada Dia.Alhamdulillah jika kita sentiasa ingat pada Dia.


Tapi cuba kita  renungkan semula..


Allah Maha Pengasih.sayangkan hamba-hambaNya.tarbiyyah dari Allah lebih bereerti berbanding ujian kita di atas kertas.latihan Allah memberi kita lebih kuat dan bersedia untuk masa- masa akan datang.memang susah untuk terima sesuatu yang membuatkan kita kecewa,sedih.tapi segalanya Allah berikan untuk kita kembalikan perasaan itu pada DIA..curahkan perasaan pada DIA.seseungguhnya ALLAH merindui suara kita.merindui tangisan kita.merindui rintihan kita.apabila kita mula berjauhan dari DIA,DIA mula merindui kita dengan memberi kita ujian.supaya kita terjaga dari tidur dunia.


Bangunlah diri.bangunlah hati dan jiwa-jiwa yang merindui DIA.


Rohani kita lemah,tubuh kita lemah apabila mula berjauhan dari DIA,kerana kekuatan adalah dari DIA.maka.ingatlah apabila adanya ujian dan masalah..itulah peluang untuk kita tebus kembali dosa-dosa kita.dan paling utama kerana ALLAH merindui kita.


waallahua'lam..


PeRot oh PeRut..

Assalamualaikum!!

nyte for malaysia but still evening for other countries and mwning so..




aha!!oleh kerana perut sangat lapar menahan dari kebulur.jadinya..tangan mula mnaip google untuk mencari santapan yang boleh dimakan walaupun cuci mata je..jadiiila..