Wednesday, January 26, 2011

:: Tak Boleh Senyum ::

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..




"Senyum..senyum..pasti semua pernah dengarkan lagu Raihan.
Wah.hebat tak hebat kuasa senyum sampai boleh dijadikan lagu.
Mungkin sebab kebanyakkan orang masih tidah tahu kebaikan senyuman itu sendiri.andai satu senyuman diberi ganjaran wang , pasti saja setiap manusia dimuka bumi ini tersenyum sehabis senyum  sampai tak berupaya nak senyum lagi.


Rasulullah S.A.W pun suka tersenyum hatta kepada musuh baginda sendiri.kerana bukan sahaja dapat melembutkan hati musuh ,tetapi juga awet muda ,dapat pahala.


Senyuman itu sedeqah.kan senang nak buat pahala.hanya dengan senyuman.
Dan senang juga dapat dosa bila senyum itu bukan pada tempatnya.
Tapi bertambah sakit hati apabila kita tersenyum , senyuman tidak terbalas.malah jelingan yang dibalas.


Susah sangat ke senyum??


Itulah realiti sekarang.
Orang tua senyum pada orang yang muda.
Orang muda dengan angkuhnya memalingkan muka pandang tempat lain.


Apa kes??
Semua ni atas luahan ibu,ummi,emak yang mengandungkan saya.hati ini ,sakit !rasa macam nak cari siapa yang tidak membalas senyuman ibunda tercintaku ini.biar aku tolong tarikkan bagi senyum.tidak ada rasa hormat langsung !


Kalau nak kata orang tidak terpelajar ,tidak juga.
Kalau nak kata orang berpelajaran ,susah juga.
Sebab kalau tak pandai macamna boleh sampai ke universiti tempatan ni.
Mungkin dulu takde subjek moral kot.ada pun sekarang untuk pelajar bukan islam saja.
Mungkin.


PELIK.


PELIK.


Kalau tang senyum dekat berlainana jantina boleh pulak?kan tidak pelik namanya.
Bukan takat sampai ke telinga saja ,siap berlenggok2 lagi.
Apa yang saya cakap ni bukan untuk salahkan kaum hawa.


Tetapi!


Agar sentiasa beringat ,setiap tingkah laku kita diperhatikan Allah.Seandai kita menjaga pinjaman Allah dengan baik , maka Allah akan membalasnya berkali ganda.tetapi jika sebaliknya , nantikanlah.




Syukurlah atas nikmatnya sebelum Dia tarik kembali.
senyumlah wahai kaum hawa.


Photobucket


seorang gadis bernama Hayley Harbottle menderita keadaan gangguan genetik yang jarang ditemui yang membuatkan wajahnya lumpuh.
Ertinya, Hayley tidak dapat tersenyum,tertawa,menangis atau marah.

Hayley memiliki kehidupan yang sukar. Orang-orang berfikir dia adalah seorang pemurung .. Saya sangat berharapmelihatnya tersenyum suatu hari nanti” kata ibu
Menurut diagnosis doktor, Hayley tidak memiliki saraf penting yang penting untuk membentuk ekspresi wajah.
Bersyukurlah kita boleh tersenyum, so jangan lokek nak senyum.
:

http://www.isuhangat.net/2011/01/tak-boleh-senyum/

::API ! BANGUN ! API! ::

HA?API?
Terpinga-pinga bangun dari tido walaupun sebenarnya tak lelap mata.roomate bangun serta merta , lantas kami berdua kelam kabut mencari tudung dan tidak ketinggalan hp.tak boleh tahan!naseb tak bawak laptop.

Jap,jap..akak punya tudung.
Jap,jap..akak punya spek.
Semua kelam kabut.
Bunyi siren kat lua membuatkan kami kelam kabut.letupan kecil yang agak kuat bunyinya membuat kami bertambah gelabah dan kaget.

Aku yang masih baru mendiami kolej bertambah suspenden.aduh!duit?laptop?semua terfikir untuk bawa.ketua aras sudah memanggil dan menunggu kami di pintu.

Cepat sikit!pekik dari pintu.

Dilua berpusu-pusu pelajar beratur mengikut arahan yang telah ditetapkan.kami dilarang pergi ketempat lain.
Jam menunjukkan 3.15 pagi.
Kelibat ambulans dan bomba membri 1001 persoalan.
Ya Allah!kebakaran ke?habisla..

Rupa-rupanya..adushh.latihan kebakaran aje.Baik aku tido diam-diam  kat bilik lagi bagus , menambah bilangan 1/3 yang dikatakan mati ' dalam kebakaran.lebih 3 bas sebagimana dikatakan jurulatih bomba tadi.
Cis!hingatkan betut2 ngupenya latihan.

Bertambah parah apabila jubah yang dipakai terbalik , dengan tudung terbalik.nasibla..emergency la katakan.hehehe.
lagi dahsyat ada yang pakai towel gantikan tudung.dah tak sempat.ni kes macam aku je nih.biasala pelajar baru.

Ok.sekian berita untuk pagi yang hilang mud~
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..

:: DuNia CaMpus ::

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..

Malam yang sepatutnya tenang menjadi hingar bingar dek kolej sebelah punya aktiviti yang mungkin memberi sedikit sebanyak input tika menjawab peperiksaan nanti.mungkin.

Terfikir seketika.
Begini rupanya kehidupan di kampus , yang selama ini hanya dibayangi diminda.tapi kini,nah!amik sebiji !dushh!
Ya Allah takutnya aku.andai aku lemah,Kau bantulah aku.takut aku jika terheret ke tempat yang Kau murkai.

Hiburan.Hiburan.dalam rumah,cukuplah televisyen menyajikan pelbagai rentak hiburan , di luar apatah lagi.kini ,di tempat menuntut ilmu pun disajikan hiburan.yaa..memang tidak salah.jika mengikut garis panduan syariat.tetapi andai sudah bercampur antara lelaki dan perempuan mana datang halalnya?


Itulah dunia kini berubah.tetapi manusia jua tidak berubah.masih inginkan sesuatu yang hanya memuaskan nafsu mengikut kata tunjuk syaitan.bermaharajalela syaitan melihat ramai anak muda yang masih lagi bertuhankan nafsu dan telunjuknya.



Tetapi.
Bila difikirkan , tidak salah mereka juga.sebab teknologi yang canggih kini segalanya dihujung jari.tekan.
Andai kerajaan sendiri berdiam diri  melihat kerunduman anak muda kini , apatah lagi bawahannya.
Jika ditanya pada yang pakar' agama , lain pula ceritanya.hukum hakam sepatutnya berdalil tetapi hukum hakam hanya ikut sedap hati.begitulah fenomena yang berlaku sekarang.
Cuba perhatikan di dalam akhbar , segala hukum hakam semua dterbalikkan.caca marba.sakit hati bila baca!



Itulah dunia di akhir zaman.orang yang sepatutnya menegkkan agama tapi menjadi pembelot agama dan pemutar belit yang sungguh licik!indah sungguh mainan syaitan yang menggaburi mata ramai manusia.
Apa yang pasti.kita akan dipertanggungjawabkan apa yang telah kita buat di akhirat kelak.

~Islam Pasti Akan Bangun Kembali Gemilang dan Terbilang~

:: CinTa yang Sukar ::

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..


C.I.N.T.A.





Tidak perlu didefinasikan lagi.hatta budak tadika pun kini sudah pandai bermain cinta antara mereka..inikan pula yang meningkat remaja hinggalah yang bercucu dan bercicit.bukanlah itu yang saya mahu kongsikan,tetapi setelah 4tahun berada dibumi Urdun,telah banyak mengajar saya erti cinta sebenar.cinta kepada Allah,cinta kepada manusia,cinta kepada haiwan,cinta kepada buku dan pelbagai lagi cinta yang perlu saya koreksi dari kotak fikiran saya.


CINTA BUKU?


Macamana ya?


Ulat buku ka?


apa ka?


Cinta Buku yang dimaksudkan mendapat keberkatan ilmu setelah kita mencntainya sepenuh hati..tapi itu yang sering saya abaikan tika di Jordan.walaupun saya tahu,bahawa itulah bumi Anbia.Bumi karamah.tapi kerana lebih mengejar kepada kauntiti , lantas saya endahkan kualiti.ah!teruknya tika itu!


Selama 4tahun ,tahun bersilih ganti.hingga tiba di lapangan terbang bersedia untuk pulang ke tanah air terchenta.


Beberapa bulan di tanah air.dapat peluang mengajar di salah satu sekolah,selayang.betapa lemahnya ingatan hingga benda yang simple boleh lupa.Ya Allah,ampunkan hambaMu ini.


Pastinya aku dilaknat dari sang kitab hinggakan keberkatan tidakku rasai.Ya Allah.kini langkahku umpama kanak-kanak yang bertatih untuk berjalan.membuka setiap inci helai kitab untuk direverse' kembali.


KEBERKATAN jarang diambil kira,tapi keberkatan itulah akan dikira sampai ke liang lahad.andai  kosong  semua ilmu yang dipelajari,apa yang kita bawa?apa yang kita beri?andai semua hilang atas sehelai kertas.lantas kertas itu disimpan,disisip di celahan buku,dibuang didalam tong sampah.apa yang dapat?


Semua persoalan yang timbul kini disimpul menjadi satu resolusi.aku kini kembali untuk meraih cintamu walaupun sukar , lambat ,pedih akanku gagah jua untuk menebus kembali masa yang berlalu dengan penuh habuk hitam.


Betapa pentingnya buku , sehinggakan para alim ulamak menulis tajuk al kitab di dalam karangan mereka.





"Apakah sama antara orang yg berilmu dengan orang yang tidak berilmu"