Wednesday, January 26, 2011

:: Tak Boleh Senyum ::

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..




"Senyum..senyum..pasti semua pernah dengarkan lagu Raihan.
Wah.hebat tak hebat kuasa senyum sampai boleh dijadikan lagu.
Mungkin sebab kebanyakkan orang masih tidah tahu kebaikan senyuman itu sendiri.andai satu senyuman diberi ganjaran wang , pasti saja setiap manusia dimuka bumi ini tersenyum sehabis senyum  sampai tak berupaya nak senyum lagi.


Rasulullah S.A.W pun suka tersenyum hatta kepada musuh baginda sendiri.kerana bukan sahaja dapat melembutkan hati musuh ,tetapi juga awet muda ,dapat pahala.


Senyuman itu sedeqah.kan senang nak buat pahala.hanya dengan senyuman.
Dan senang juga dapat dosa bila senyum itu bukan pada tempatnya.
Tapi bertambah sakit hati apabila kita tersenyum , senyuman tidak terbalas.malah jelingan yang dibalas.


Susah sangat ke senyum??


Itulah realiti sekarang.
Orang tua senyum pada orang yang muda.
Orang muda dengan angkuhnya memalingkan muka pandang tempat lain.


Apa kes??
Semua ni atas luahan ibu,ummi,emak yang mengandungkan saya.hati ini ,sakit !rasa macam nak cari siapa yang tidak membalas senyuman ibunda tercintaku ini.biar aku tolong tarikkan bagi senyum.tidak ada rasa hormat langsung !


Kalau nak kata orang tidak terpelajar ,tidak juga.
Kalau nak kata orang berpelajaran ,susah juga.
Sebab kalau tak pandai macamna boleh sampai ke universiti tempatan ni.
Mungkin dulu takde subjek moral kot.ada pun sekarang untuk pelajar bukan islam saja.
Mungkin.


PELIK.


PELIK.


Kalau tang senyum dekat berlainana jantina boleh pulak?kan tidak pelik namanya.
Bukan takat sampai ke telinga saja ,siap berlenggok2 lagi.
Apa yang saya cakap ni bukan untuk salahkan kaum hawa.


Tetapi!


Agar sentiasa beringat ,setiap tingkah laku kita diperhatikan Allah.Seandai kita menjaga pinjaman Allah dengan baik , maka Allah akan membalasnya berkali ganda.tetapi jika sebaliknya , nantikanlah.




Syukurlah atas nikmatnya sebelum Dia tarik kembali.
senyumlah wahai kaum hawa.


Photobucket


seorang gadis bernama Hayley Harbottle menderita keadaan gangguan genetik yang jarang ditemui yang membuatkan wajahnya lumpuh.
Ertinya, Hayley tidak dapat tersenyum,tertawa,menangis atau marah.

Hayley memiliki kehidupan yang sukar. Orang-orang berfikir dia adalah seorang pemurung .. Saya sangat berharapmelihatnya tersenyum suatu hari nanti” kata ibu
Menurut diagnosis doktor, Hayley tidak memiliki saraf penting yang penting untuk membentuk ekspresi wajah.
Bersyukurlah kita boleh tersenyum, so jangan lokek nak senyum.
:

http://www.isuhangat.net/2011/01/tak-boleh-senyum/

No comments:

Post a Comment